Powered By Blogger

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

How Many More Palestinians Lifes Had To Be Taken Israeli?

Friday 24 April 2009

87,215 rakyat Iraq terbunuh sejak 2005

BAGHDAD 24 April - Sekurang-kurangnya 87,215 rakyat Iraq terbunuh dalam keganasan di negara ini sejak 2005, menurut catatan kerajaan yang tidak didedahkan dan diperolehi oleh Assosiated Press.

Catatan daripada Kementerian Kesihatan itu disediakan oleh pegawai kerajaan tanpa nama ekoran ia melibatkan isu sensitif.

Pengiraan dibuat dari tahun 2005 hingga 28 Februari lalu. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk beribu-ribu rakyat yang hilang dan ditanam ketika perang tanpa notis rasmi.

Jumlah ini hanya melibatkan mereka yang terbunuh dalam tembak menembak, pengeboman, serangan mortar dan kejadian memenggal kepala.

Ia juga tidak termasuk mereka yang mati akibat punca tidak langsung seperti tekanan hidup, kemusnahan infrastruktur dan kekurangan penjagaan kesihatan, yang melibatkan jumlah beribu-ribu orang.

Jika jumlah itu digabungkan dengan sumber daripada pihak hospital, laporan media dan penyelidikan AP, menunjukkan lebih 110,000 rakyat Iraq terbunuh sejak tentera Amerika Syarikat menyerang Iraq pada 2003.

Statistik tentang jumlah kematian yang sahih pada 2003 dan 2004 tidak wujud, tetapi satu pertubuhan swasta, Iraq Body Count yang berpangkalan di Britain telah mencatat jumlah mereka yang terbunuh berdasarkan laporan media dan sumber lain sejak perang itu bermula.

AP telah mengkaji analisis Iraq Body Count dan mengesahkan data tersebut. AP turut menemuramah pakar yang terlibat dengan penyelidikan terdahulu, penganalisis tetap Iraq dan pegawai daerah serta perubatan bagi menentukan catatan itu boleh dipercayai. - AP

Obama akan dedah gambar penderaan

WASHINGTON 24 April - Pentadbiran Barack Obama akan menyiarkan gambar-gambar yang merakamkan penderaan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas tahanan di penjara di Iraq dan Afghanistan ketika George W. Bush menjadi Presiden.

Jabatan Pertahanan AS bersetuju untuk menyiarkan 44 daripada gambar itu buat kali pertama pada 28 Mei ini sebagai membalas tindakan saman yang difailkan di bawah Akta Kebebasan Maklumat oleh Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) pada 2004.

Banyak imej lain juga sedang diproses untuk penyiaran, menurut Jabatan Pertahanan dalam sepucuk surat kepada sebuah Mahkamah Persekutuan AS.

Peguam ACLU, Amrit Singh berkata, gambar-gambar berkenaan menjadi bukti visual bahawa penderaan tahanan oleh tentera AS bukan perkara luar biasa tetapi berlaku secara meluas, melepasi tembok penjara Abu Ghraib.

Penjara di Iraq itu menjadi terkenal selepas gambar-gambar yang merakamkan tahanan yang terdiri daripada rakyat Iraq didera dan dimalukan oleh tentera AS disiarkan pada 2004.

Pendedahan terbaru itu amat penting bagi membantu orang ramai memahami betapa meluas dan seriusnya perbuatan mendera tahanan, selain untuk memastikan pegawai kanan dipertanggungjawabkan kerana membenarkan penderaan tersebut berlaku, kata Amrit.

Pentadbiran Bush sebelum ini enggan menyiarkan imej itu kepada awam atas alasan penyiarannya akan membangkitkan kemarahan dan melanggar kewajipan AS terhadap tahanan mengikut Konvensyen Geneva.

Pentadbiran Obama pada minggu lepas menyiarkan empat memo sensitif yang mendedahkan kaedah penyeksaan yang digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) semasa menyoal siasat suspek pengganas.

Kaedah yang diluluskan oleh pentadbiran Bush itu antara lain termasuk penggunaan serangga untuk menakutkan tahanan, kaedah waterboarding yang membuat suspek berasa lemas dan cemas, serta menghalang tahanan daripada tidur. - AFP

Wednesday 22 April 2009

Obama mula gerakkan usaha damai Asia Barat

WASHINGTON 22 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini 'memulakan usaha' untuk mengerakkan rundingan damai Asia Barat dengan menjemput pemimpin Arab dan Israel ke Washington dan menyeru agar semua pihak bersikap jujur.

Obama menunjukkan tanda-tanda 'serius' untuk melibatkan diri secara mendalam dalam proses damai Asia Barat, beberapa minggu selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengetuai kerajaan zionis Israel dan menolak penyelesaian pembentukan dua negara yang disarankan oleh pentadbiran baru AS.

Jurucakap Obama, Robert Gibbs berkata, beliau menerima kunjungan kehormat daripada Raja Abdullah II di Oval Office semalam, turut menjemput Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke White House.

Gibbs memberitahu pemberita bahawa lawatan-lawatan tersebut dijangka akan berlaku dalam beberapa minggu lagi dan akan dibuat secara berasingan sebelum Obama melawat Normandy sempena Hari Peringatan D-Day pada Jun ini.

Selepas mengangkat sumpah jawatan Presiden AS pada 20 Januari lalu, Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton menamakan George Mitchell sebagai duta khas AS ke Asia Barat dalam usaha mengerakkan rudingan damai Arab-Israel, tindakan yang disifatkan penganalisis sebagai tanda penglibatan peringkat tinggi yang serius.

Bekas Presiden AS, George W. Bush sebelum ini mengalaskan beban proses damai di atas bahu bekas Setiausaha Negara, Condoleezza Rice selepas persidangan di Annapolis, Maryland pada November 2007 yang diadakan bagi melancarkan semula rundingan damai selepas tertunda selama tujuh tahun.

"Harapan saya adalah dalam masa beberapa bulan dari sekarang.... kita akan mula melihat lambang kejujuran daripada semua pihak.

"Saya tidak mahu memperincikan hal tersebut, tetapi saya berpendapat kesemua pihak di rantau itu jelas mengenai langkah rundingan yang perlu dalam usaha membina keyakinan," kata Obama selepas pertemuan dengan pemerintah Jordan itu.

Hillary pada masa yang sama mengulangi sokongan pentadbiran Obama terhadap penyelesaian isu Asia Barat dengan pembentukan dua negara dan Raja Abdullah II turut bersetuju dengan cadangan itu. - AFP


Ulangi kecaman- Tahniah Presiden Ahmadinejad!

TEHERAN 22 April - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini mengulangi kecamannya terhadap Israel dengan menuduh rejim zionis itu melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin.Beliau mengulangi kritikannya itu ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Pendakwa-pendakwa Negara-negara Islam di sini, selepas menghadiri persidangan anti perkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, semalam. Ahmadinejad berkata, Israel merupakan 'rejim paling kejam dan kuat menindas', selain melakukan penghapusan bangsa ke atas penduduk Palestin apabila melancarkan serangan tentera di wilayah Palestin sejak Januari lalu. Beliau berkata, Iran telah meminta Interpol menahan 25 penjenayah perang Zionis. Iran merujuk Israel sebagai 'rejim Zionis.' Iran sebelum ini juga meminta tindakan yang sama dilakukan oleh Interpol. "Mereka perlu bertanggungjawab ke atas keganasan yang mereka lakukan," kata Ahmadinejad.Pada Isnin lalu ketika berucap pada persidangan anti perkauman anjuran PBB, Ahmadinejad menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai 'alasan' untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan persidangan. Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa.

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan.Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin. - Reuters

Thursday 5 March 2009

Boikot Barangan Israel!!

Jangan Beli Barangan Israel!!


Boikot Barangan Israel!!

Boycot Dasar Appertheid Israel!!



Senarai Barangan Yang Perlu Diboikot: Senarai Jangan Beli!!



Senarai Barangan Yang Perlu Diboikot: Senarai Jangan Beli!!
Selamatkanlah nyawa saudara- saudara kita di Gaza. Boikotlah barangan Israel!! Takbir!!





Freemason

Lambang Freemason


Freemason
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason

Lambang Freemason.
Freemason ialah
pertubuhan persaudaraan yang muncul daripada asal yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Ia kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England,Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat. Kesemua bentuk Freemason berkongsi moral dan metafizik yang sama dan yang biasanya juga termasuk perisytiharan perlembagaan terhadap kepercayaan kepada satu Tuhan Yang Maha Agung.

Asal-usul
Kultus kuno
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman
Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di
Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Kesatria Templar
Freemason juga dikaitkan dengan ahli
Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman. Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di
Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris.

Persatuan tukang batu
Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggilmason atau stone mason) pada
Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

Sejarah
Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di
Edinburgh pada 20 Mei 1641. Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16 Oktober 1646.
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada
24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True).
Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua
Amerika.

Struktur organisasi
Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.


Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkala dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.


Gerakan Freemason
Freemason di Amerika Syarikat
George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.

Freemason di Iraq
Sebilangan cawangan Freemason di
Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason di Malaysia
Freemason pernah menjadi isu di
Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemson untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO[perlu petikan].
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).
DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
§ Singapura: 3 loji
§ Kuala Lumpur: 3 loji
§ Pulau Pinang: 1 loji
§ lpoh: 1 loji
§ Kuantan: 1 loji
§ Kuching: 2 loji
§ Port Dickson: 1 loji
§ Port Klang: 1 loji
§ Taiping: 1 loji
§ Kota Kinabalu: 1 loji
§ Bangkok: 3 loji
§ Pattaya: 1 loji



Tentangan dan kritikan terhadap Freemason
Islam dan Freemason
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah
Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhanMasjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti
Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara
Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Kristian dan Freemason
Beberapa mazhab
Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal
Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.
Bagi
Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.

Saturday 28 February 2009

Why Boycott Israel?

The Palestinian people are experiencing their fortieth year of military occupation. The siege by the Israeli army and the economic blockade have devastated their daily lives so that 'normal' life is impossible.
Israel operates an entrenched system of racial Apartheid against its own non-Jewish inhabitants and has been illegally occupying Palestinian land in the West Bank, Gaza Strip, East Jerusalem and the Golan Heights since 1967. It has sought to further annex these lands and has systematically transferred its own civilian population into these occupied territories in contravention of international law. Israel continues to build the illegal Apartheid wall, annexing vast swathes of Palestinian land in the West Bank and creating Palestinian ghettos, despite the ruling of the International Court of Justice that it is illegal.
180 Palestinian organisations and unions, in response to Israeli onslaught, have called for a campaign of Boycott, Divestment and Sanctions against Apartheid Israel.


Artikel ini dipetik dari laman http://www.bigcampaign.org/

Apakah Reaksi Anda??



Apakah reaksi anda setelah melihat gambar di atas? Atas kesalahan apakah mereka diperlakukan sedemikian? Apakah salah untuk seseorang mempertahankan hak mereka di tanah air mereka?


Cuba anda renungkan seketika. Jika negara anda di mana tempat anda dilahirkan, tempat anda dibesarkan, tempat anda mencari rezeki, tempat yang anda sayangi diceroboh, anda dihina, dimalukan. Malah anda dihalau dari tempat tersebut! Apakah tindakan anda?

Itulah apa yang mereka cuba pertahankan selama ini. Persoalannya, sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan? Apakah tindakan kita terhadap kekejaman Israel ini?? Ingatlah wahai saudara- saudaraku sekalian, Israel tidak akan berpuas hati selagi kaum- kaum lain selain dari mereka tidak tunduk kepada mereka. Mereka menganggap diri mereka sebagai kaum yang terpilih dan terus mengetepikan hak kaum selain dari mereka.
Bertindaklah sekarang! Hentikan sebarang sokongan kepada mereka selagi termampu. Boycott produk- produk mereka!


Friday 27 February 2009

Apa Niat Sebenar Mereka, Ikhlaskah Mereka?

Petikan dari Bharian Online bertarikh 28 Feb 2009

Yahudi berang Hillary kecam tindakan Israel di Gaza

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary
Clinton, yang mengaku penyokong kuat Israel diselar pemimpin Yahudi apabila
mengecam tindakan rejim Zionis itu di Gaza dan menuntut Israel
mempercepatkan
bantuan ke wilayah Palestin berkenaan. "Saya amat
terkejut, secara
jujurnya, berhubung kenyataan kerajaan Amerika dan
Setiausaha Negara," kata
penerbit New York Daily News dan anggota Majlis
Perhubungan Komuniti Yahudi NYC,
Mortimer Zuckerman. Anggota Dewan
Perwakilan, Dov Hikind, pula berkata:
"Saya lebih sukakan beliau sebagai
senator dari New York. Kini, saya tertanya
siapa sebenarnya Hillary
Clinton."
Keputusan Hillary mengenakan tekanan
terhadap Israel
dibuat
ketika beliau dan suami, bekas Presiden Bill Clinton
serta
Presiden Barack
Obama, bercadang memberi bantuan AS$900 juta (RM3.3
bilion) kepada penduduk
Palestin untuk membina semula Gaza yang musnah
diserang
Israel. "Saya
tidak percaya kita berada dalam kedudukan untuk
melakukan apa
saja bagi
mengukuhkan Hamas pada saat ini. Kita memang
tahu pendirian Hamas
seperti
yang saya katanya sebelum ini mereka
bersekutu dengan Iran," kata
Zuckerman. Bagi sebahagian pemimpin Yahudi
lain, mereka kecewa Hillary
mengubah pendirian.
"Saya berasa malang
mereka tidak meneruskan dasar
pentadbiran bekas Presiden George W Bush yang
lebih pro-Israel," kata
penduduk
Baitulmaqdis, Akiva Homnick. Seorang
lagi penduduk Israel,
Tami Davudoff,
berkata: "Secara peribadi, apabila
berurusan dengan orang
yang menentang anda,
anda juga perlu menentang
mereka." – Agensi

Persoalannya, adakah USA benar- bena ikhlas atau hanya sekadar mahu mengalihkan tumpuan kita daripada kekejaman tentera Israel di Gaza??



Ketua Dasar EU Melawat Gaza


JAVIER Solana (kiri) bersama peguam Palestin, Shrahbil al-Zaim di kawasan runtuhan Sekolah Antarabangsa Amerika, Beit Lahia, Utara Gaza, semalam. Sekolah itu musnah dibom oleh tentera rejim Zionis. - AFP



GAZA 27 Feb. - Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana membuat lawatan mengejut ke Genting Gaza hari ini, yang pertama seumpamanya sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.
Solana melihat dengan jelas kemusnahan disebabkan serangan tentera Israel selama 23 hari yang membunuh lebih 1,300 penduduk Palestin.
Beliau turut melawat sekolah Antarabangsa Rakyat Amerika yang musnah dan tanah tandus di Ezbet Abed Rabbo iaitu tempat penduduk Palestin tinggal di dalam rumah yang dibuat daripada sisa runtuhan.
Kunjungan beliau itu adalah sebelum persidangan kebangsaan Isnin ini yang akan diadakan di Mesir bagi membincangkan pembangunan semula Genting Gaza.
Selain itu, Menteri Luar Norway, Jonas Gahr turut mengadakan lawatan ke Genting Gaza hari ini dan melawat kawasan penempatan penduduk yang menerima serangan teruk oleh tentera rejim Zionis. - AFP



Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia Online bertarikh 28 Feb 2009

Saturday 21 February 2009

Assalamu'alaikum.
Profile ni masih baru dan masih dalam usaha pembangunan. Oleh kerana permasalahan teknikal yang tidak dapat dielakkan, pembangunan profile ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Diharap semua dapat faham dengan situasi ini..