Powered By Blogger

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

How Many More Palestinians Lifes Had To Be Taken Israeli?

Friday 27 February 2009

Ketua Dasar EU Melawat Gaza


JAVIER Solana (kiri) bersama peguam Palestin, Shrahbil al-Zaim di kawasan runtuhan Sekolah Antarabangsa Amerika, Beit Lahia, Utara Gaza, semalam. Sekolah itu musnah dibom oleh tentera rejim Zionis. - AFP



GAZA 27 Feb. - Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana membuat lawatan mengejut ke Genting Gaza hari ini, yang pertama seumpamanya sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.
Solana melihat dengan jelas kemusnahan disebabkan serangan tentera Israel selama 23 hari yang membunuh lebih 1,300 penduduk Palestin.
Beliau turut melawat sekolah Antarabangsa Rakyat Amerika yang musnah dan tanah tandus di Ezbet Abed Rabbo iaitu tempat penduduk Palestin tinggal di dalam rumah yang dibuat daripada sisa runtuhan.
Kunjungan beliau itu adalah sebelum persidangan kebangsaan Isnin ini yang akan diadakan di Mesir bagi membincangkan pembangunan semula Genting Gaza.
Selain itu, Menteri Luar Norway, Jonas Gahr turut mengadakan lawatan ke Genting Gaza hari ini dan melawat kawasan penempatan penduduk yang menerima serangan teruk oleh tentera rejim Zionis. - AFP



Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia Online bertarikh 28 Feb 2009

No comments:

Post a Comment