Powered By Blogger

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

How Many More Palestinians Lifes Had To Be Taken Israeli?

Friday 24 April 2009

87,215 rakyat Iraq terbunuh sejak 2005

BAGHDAD 24 April - Sekurang-kurangnya 87,215 rakyat Iraq terbunuh dalam keganasan di negara ini sejak 2005, menurut catatan kerajaan yang tidak didedahkan dan diperolehi oleh Assosiated Press.

Catatan daripada Kementerian Kesihatan itu disediakan oleh pegawai kerajaan tanpa nama ekoran ia melibatkan isu sensitif.

Pengiraan dibuat dari tahun 2005 hingga 28 Februari lalu. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk beribu-ribu rakyat yang hilang dan ditanam ketika perang tanpa notis rasmi.

Jumlah ini hanya melibatkan mereka yang terbunuh dalam tembak menembak, pengeboman, serangan mortar dan kejadian memenggal kepala.

Ia juga tidak termasuk mereka yang mati akibat punca tidak langsung seperti tekanan hidup, kemusnahan infrastruktur dan kekurangan penjagaan kesihatan, yang melibatkan jumlah beribu-ribu orang.

Jika jumlah itu digabungkan dengan sumber daripada pihak hospital, laporan media dan penyelidikan AP, menunjukkan lebih 110,000 rakyat Iraq terbunuh sejak tentera Amerika Syarikat menyerang Iraq pada 2003.

Statistik tentang jumlah kematian yang sahih pada 2003 dan 2004 tidak wujud, tetapi satu pertubuhan swasta, Iraq Body Count yang berpangkalan di Britain telah mencatat jumlah mereka yang terbunuh berdasarkan laporan media dan sumber lain sejak perang itu bermula.

AP telah mengkaji analisis Iraq Body Count dan mengesahkan data tersebut. AP turut menemuramah pakar yang terlibat dengan penyelidikan terdahulu, penganalisis tetap Iraq dan pegawai daerah serta perubatan bagi menentukan catatan itu boleh dipercayai. - AP

Obama akan dedah gambar penderaan

WASHINGTON 24 April - Pentadbiran Barack Obama akan menyiarkan gambar-gambar yang merakamkan penderaan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas tahanan di penjara di Iraq dan Afghanistan ketika George W. Bush menjadi Presiden.

Jabatan Pertahanan AS bersetuju untuk menyiarkan 44 daripada gambar itu buat kali pertama pada 28 Mei ini sebagai membalas tindakan saman yang difailkan di bawah Akta Kebebasan Maklumat oleh Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) pada 2004.

Banyak imej lain juga sedang diproses untuk penyiaran, menurut Jabatan Pertahanan dalam sepucuk surat kepada sebuah Mahkamah Persekutuan AS.

Peguam ACLU, Amrit Singh berkata, gambar-gambar berkenaan menjadi bukti visual bahawa penderaan tahanan oleh tentera AS bukan perkara luar biasa tetapi berlaku secara meluas, melepasi tembok penjara Abu Ghraib.

Penjara di Iraq itu menjadi terkenal selepas gambar-gambar yang merakamkan tahanan yang terdiri daripada rakyat Iraq didera dan dimalukan oleh tentera AS disiarkan pada 2004.

Pendedahan terbaru itu amat penting bagi membantu orang ramai memahami betapa meluas dan seriusnya perbuatan mendera tahanan, selain untuk memastikan pegawai kanan dipertanggungjawabkan kerana membenarkan penderaan tersebut berlaku, kata Amrit.

Pentadbiran Bush sebelum ini enggan menyiarkan imej itu kepada awam atas alasan penyiarannya akan membangkitkan kemarahan dan melanggar kewajipan AS terhadap tahanan mengikut Konvensyen Geneva.

Pentadbiran Obama pada minggu lepas menyiarkan empat memo sensitif yang mendedahkan kaedah penyeksaan yang digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) semasa menyoal siasat suspek pengganas.

Kaedah yang diluluskan oleh pentadbiran Bush itu antara lain termasuk penggunaan serangga untuk menakutkan tahanan, kaedah waterboarding yang membuat suspek berasa lemas dan cemas, serta menghalang tahanan daripada tidur. - AFP

Wednesday 22 April 2009

Obama mula gerakkan usaha damai Asia Barat

WASHINGTON 22 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini 'memulakan usaha' untuk mengerakkan rundingan damai Asia Barat dengan menjemput pemimpin Arab dan Israel ke Washington dan menyeru agar semua pihak bersikap jujur.

Obama menunjukkan tanda-tanda 'serius' untuk melibatkan diri secara mendalam dalam proses damai Asia Barat, beberapa minggu selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengetuai kerajaan zionis Israel dan menolak penyelesaian pembentukan dua negara yang disarankan oleh pentadbiran baru AS.

Jurucakap Obama, Robert Gibbs berkata, beliau menerima kunjungan kehormat daripada Raja Abdullah II di Oval Office semalam, turut menjemput Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke White House.

Gibbs memberitahu pemberita bahawa lawatan-lawatan tersebut dijangka akan berlaku dalam beberapa minggu lagi dan akan dibuat secara berasingan sebelum Obama melawat Normandy sempena Hari Peringatan D-Day pada Jun ini.

Selepas mengangkat sumpah jawatan Presiden AS pada 20 Januari lalu, Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton menamakan George Mitchell sebagai duta khas AS ke Asia Barat dalam usaha mengerakkan rudingan damai Arab-Israel, tindakan yang disifatkan penganalisis sebagai tanda penglibatan peringkat tinggi yang serius.

Bekas Presiden AS, George W. Bush sebelum ini mengalaskan beban proses damai di atas bahu bekas Setiausaha Negara, Condoleezza Rice selepas persidangan di Annapolis, Maryland pada November 2007 yang diadakan bagi melancarkan semula rundingan damai selepas tertunda selama tujuh tahun.

"Harapan saya adalah dalam masa beberapa bulan dari sekarang.... kita akan mula melihat lambang kejujuran daripada semua pihak.

"Saya tidak mahu memperincikan hal tersebut, tetapi saya berpendapat kesemua pihak di rantau itu jelas mengenai langkah rundingan yang perlu dalam usaha membina keyakinan," kata Obama selepas pertemuan dengan pemerintah Jordan itu.

Hillary pada masa yang sama mengulangi sokongan pentadbiran Obama terhadap penyelesaian isu Asia Barat dengan pembentukan dua negara dan Raja Abdullah II turut bersetuju dengan cadangan itu. - AFP


Ulangi kecaman- Tahniah Presiden Ahmadinejad!

TEHERAN 22 April - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini mengulangi kecamannya terhadap Israel dengan menuduh rejim zionis itu melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin.Beliau mengulangi kritikannya itu ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Pendakwa-pendakwa Negara-negara Islam di sini, selepas menghadiri persidangan anti perkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, semalam. Ahmadinejad berkata, Israel merupakan 'rejim paling kejam dan kuat menindas', selain melakukan penghapusan bangsa ke atas penduduk Palestin apabila melancarkan serangan tentera di wilayah Palestin sejak Januari lalu. Beliau berkata, Iran telah meminta Interpol menahan 25 penjenayah perang Zionis. Iran merujuk Israel sebagai 'rejim Zionis.' Iran sebelum ini juga meminta tindakan yang sama dilakukan oleh Interpol. "Mereka perlu bertanggungjawab ke atas keganasan yang mereka lakukan," kata Ahmadinejad.Pada Isnin lalu ketika berucap pada persidangan anti perkauman anjuran PBB, Ahmadinejad menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai 'alasan' untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan persidangan. Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa.

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan.Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin. - Reuters

Thursday 5 March 2009

Boikot Barangan Israel!!

Jangan Beli Barangan Israel!!


Boikot Barangan Israel!!

Boycot Dasar Appertheid Israel!!



Senarai Barangan Yang Perlu Diboikot: Senarai Jangan Beli!!



Senarai Barangan Yang Perlu Diboikot: Senarai Jangan Beli!!
Selamatkanlah nyawa saudara- saudara kita di Gaza. Boikotlah barangan Israel!! Takbir!!