Powered By Blogger

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

How Many More Palestinians Lifes Had To Be Taken Israeli?

Friday 24 April 2009

87,215 rakyat Iraq terbunuh sejak 2005

BAGHDAD 24 April - Sekurang-kurangnya 87,215 rakyat Iraq terbunuh dalam keganasan di negara ini sejak 2005, menurut catatan kerajaan yang tidak didedahkan dan diperolehi oleh Assosiated Press.

Catatan daripada Kementerian Kesihatan itu disediakan oleh pegawai kerajaan tanpa nama ekoran ia melibatkan isu sensitif.

Pengiraan dibuat dari tahun 2005 hingga 28 Februari lalu. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk beribu-ribu rakyat yang hilang dan ditanam ketika perang tanpa notis rasmi.

Jumlah ini hanya melibatkan mereka yang terbunuh dalam tembak menembak, pengeboman, serangan mortar dan kejadian memenggal kepala.

Ia juga tidak termasuk mereka yang mati akibat punca tidak langsung seperti tekanan hidup, kemusnahan infrastruktur dan kekurangan penjagaan kesihatan, yang melibatkan jumlah beribu-ribu orang.

Jika jumlah itu digabungkan dengan sumber daripada pihak hospital, laporan media dan penyelidikan AP, menunjukkan lebih 110,000 rakyat Iraq terbunuh sejak tentera Amerika Syarikat menyerang Iraq pada 2003.

Statistik tentang jumlah kematian yang sahih pada 2003 dan 2004 tidak wujud, tetapi satu pertubuhan swasta, Iraq Body Count yang berpangkalan di Britain telah mencatat jumlah mereka yang terbunuh berdasarkan laporan media dan sumber lain sejak perang itu bermula.

AP telah mengkaji analisis Iraq Body Count dan mengesahkan data tersebut. AP turut menemuramah pakar yang terlibat dengan penyelidikan terdahulu, penganalisis tetap Iraq dan pegawai daerah serta perubatan bagi menentukan catatan itu boleh dipercayai. - AP

1 comment: