Powered By Blogger

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

How Many More Palestinians Lifes Had To Be Taken Israeli?

Wednesday 22 April 2009

Obama mula gerakkan usaha damai Asia Barat

WASHINGTON 22 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini 'memulakan usaha' untuk mengerakkan rundingan damai Asia Barat dengan menjemput pemimpin Arab dan Israel ke Washington dan menyeru agar semua pihak bersikap jujur.

Obama menunjukkan tanda-tanda 'serius' untuk melibatkan diri secara mendalam dalam proses damai Asia Barat, beberapa minggu selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengetuai kerajaan zionis Israel dan menolak penyelesaian pembentukan dua negara yang disarankan oleh pentadbiran baru AS.

Jurucakap Obama, Robert Gibbs berkata, beliau menerima kunjungan kehormat daripada Raja Abdullah II di Oval Office semalam, turut menjemput Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke White House.

Gibbs memberitahu pemberita bahawa lawatan-lawatan tersebut dijangka akan berlaku dalam beberapa minggu lagi dan akan dibuat secara berasingan sebelum Obama melawat Normandy sempena Hari Peringatan D-Day pada Jun ini.

Selepas mengangkat sumpah jawatan Presiden AS pada 20 Januari lalu, Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton menamakan George Mitchell sebagai duta khas AS ke Asia Barat dalam usaha mengerakkan rudingan damai Arab-Israel, tindakan yang disifatkan penganalisis sebagai tanda penglibatan peringkat tinggi yang serius.

Bekas Presiden AS, George W. Bush sebelum ini mengalaskan beban proses damai di atas bahu bekas Setiausaha Negara, Condoleezza Rice selepas persidangan di Annapolis, Maryland pada November 2007 yang diadakan bagi melancarkan semula rundingan damai selepas tertunda selama tujuh tahun.

"Harapan saya adalah dalam masa beberapa bulan dari sekarang.... kita akan mula melihat lambang kejujuran daripada semua pihak.

"Saya tidak mahu memperincikan hal tersebut, tetapi saya berpendapat kesemua pihak di rantau itu jelas mengenai langkah rundingan yang perlu dalam usaha membina keyakinan," kata Obama selepas pertemuan dengan pemerintah Jordan itu.

Hillary pada masa yang sama mengulangi sokongan pentadbiran Obama terhadap penyelesaian isu Asia Barat dengan pembentukan dua negara dan Raja Abdullah II turut bersetuju dengan cadangan itu. - AFP


No comments:

Post a Comment