Powered By Blogger

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

How Many More Palestinians Lifes Had To Be Taken Israeli?

Saturday 28 February 2009

Why Boycott Israel?

The Palestinian people are experiencing their fortieth year of military occupation. The siege by the Israeli army and the economic blockade have devastated their daily lives so that 'normal' life is impossible.
Israel operates an entrenched system of racial Apartheid against its own non-Jewish inhabitants and has been illegally occupying Palestinian land in the West Bank, Gaza Strip, East Jerusalem and the Golan Heights since 1967. It has sought to further annex these lands and has systematically transferred its own civilian population into these occupied territories in contravention of international law. Israel continues to build the illegal Apartheid wall, annexing vast swathes of Palestinian land in the West Bank and creating Palestinian ghettos, despite the ruling of the International Court of Justice that it is illegal.
180 Palestinian organisations and unions, in response to Israeli onslaught, have called for a campaign of Boycott, Divestment and Sanctions against Apartheid Israel.


Artikel ini dipetik dari laman http://www.bigcampaign.org/

Apakah Reaksi Anda??



Apakah reaksi anda setelah melihat gambar di atas? Atas kesalahan apakah mereka diperlakukan sedemikian? Apakah salah untuk seseorang mempertahankan hak mereka di tanah air mereka?


Cuba anda renungkan seketika. Jika negara anda di mana tempat anda dilahirkan, tempat anda dibesarkan, tempat anda mencari rezeki, tempat yang anda sayangi diceroboh, anda dihina, dimalukan. Malah anda dihalau dari tempat tersebut! Apakah tindakan anda?

Itulah apa yang mereka cuba pertahankan selama ini. Persoalannya, sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan? Apakah tindakan kita terhadap kekejaman Israel ini?? Ingatlah wahai saudara- saudaraku sekalian, Israel tidak akan berpuas hati selagi kaum- kaum lain selain dari mereka tidak tunduk kepada mereka. Mereka menganggap diri mereka sebagai kaum yang terpilih dan terus mengetepikan hak kaum selain dari mereka.
Bertindaklah sekarang! Hentikan sebarang sokongan kepada mereka selagi termampu. Boycott produk- produk mereka!


Friday 27 February 2009

Apa Niat Sebenar Mereka, Ikhlaskah Mereka?

Petikan dari Bharian Online bertarikh 28 Feb 2009

Yahudi berang Hillary kecam tindakan Israel di Gaza

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary
Clinton, yang mengaku penyokong kuat Israel diselar pemimpin Yahudi apabila
mengecam tindakan rejim Zionis itu di Gaza dan menuntut Israel
mempercepatkan
bantuan ke wilayah Palestin berkenaan. "Saya amat
terkejut, secara
jujurnya, berhubung kenyataan kerajaan Amerika dan
Setiausaha Negara," kata
penerbit New York Daily News dan anggota Majlis
Perhubungan Komuniti Yahudi NYC,
Mortimer Zuckerman. Anggota Dewan
Perwakilan, Dov Hikind, pula berkata:
"Saya lebih sukakan beliau sebagai
senator dari New York. Kini, saya tertanya
siapa sebenarnya Hillary
Clinton."
Keputusan Hillary mengenakan tekanan
terhadap Israel
dibuat
ketika beliau dan suami, bekas Presiden Bill Clinton
serta
Presiden Barack
Obama, bercadang memberi bantuan AS$900 juta (RM3.3
bilion) kepada penduduk
Palestin untuk membina semula Gaza yang musnah
diserang
Israel. "Saya
tidak percaya kita berada dalam kedudukan untuk
melakukan apa
saja bagi
mengukuhkan Hamas pada saat ini. Kita memang
tahu pendirian Hamas
seperti
yang saya katanya sebelum ini mereka
bersekutu dengan Iran," kata
Zuckerman. Bagi sebahagian pemimpin Yahudi
lain, mereka kecewa Hillary
mengubah pendirian.
"Saya berasa malang
mereka tidak meneruskan dasar
pentadbiran bekas Presiden George W Bush yang
lebih pro-Israel," kata
penduduk
Baitulmaqdis, Akiva Homnick. Seorang
lagi penduduk Israel,
Tami Davudoff,
berkata: "Secara peribadi, apabila
berurusan dengan orang
yang menentang anda,
anda juga perlu menentang
mereka." – Agensi

Persoalannya, adakah USA benar- bena ikhlas atau hanya sekadar mahu mengalihkan tumpuan kita daripada kekejaman tentera Israel di Gaza??



Ketua Dasar EU Melawat Gaza


JAVIER Solana (kiri) bersama peguam Palestin, Shrahbil al-Zaim di kawasan runtuhan Sekolah Antarabangsa Amerika, Beit Lahia, Utara Gaza, semalam. Sekolah itu musnah dibom oleh tentera rejim Zionis. - AFP



GAZA 27 Feb. - Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana membuat lawatan mengejut ke Genting Gaza hari ini, yang pertama seumpamanya sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.
Solana melihat dengan jelas kemusnahan disebabkan serangan tentera Israel selama 23 hari yang membunuh lebih 1,300 penduduk Palestin.
Beliau turut melawat sekolah Antarabangsa Rakyat Amerika yang musnah dan tanah tandus di Ezbet Abed Rabbo iaitu tempat penduduk Palestin tinggal di dalam rumah yang dibuat daripada sisa runtuhan.
Kunjungan beliau itu adalah sebelum persidangan kebangsaan Isnin ini yang akan diadakan di Mesir bagi membincangkan pembangunan semula Genting Gaza.
Selain itu, Menteri Luar Norway, Jonas Gahr turut mengadakan lawatan ke Genting Gaza hari ini dan melawat kawasan penempatan penduduk yang menerima serangan teruk oleh tentera rejim Zionis. - AFP



Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia Online bertarikh 28 Feb 2009

Saturday 21 February 2009

Assalamu'alaikum.
Profile ni masih baru dan masih dalam usaha pembangunan. Oleh kerana permasalahan teknikal yang tidak dapat dielakkan, pembangunan profile ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Diharap semua dapat faham dengan situasi ini..