Powered By Blogger

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

How Many More Palestinians Lifes Had To Be Taken Israeli?

Friday 27 February 2009

Apa Niat Sebenar Mereka, Ikhlaskah Mereka?

Petikan dari Bharian Online bertarikh 28 Feb 2009

Yahudi berang Hillary kecam tindakan Israel di Gaza

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary
Clinton, yang mengaku penyokong kuat Israel diselar pemimpin Yahudi apabila
mengecam tindakan rejim Zionis itu di Gaza dan menuntut Israel
mempercepatkan
bantuan ke wilayah Palestin berkenaan. "Saya amat
terkejut, secara
jujurnya, berhubung kenyataan kerajaan Amerika dan
Setiausaha Negara," kata
penerbit New York Daily News dan anggota Majlis
Perhubungan Komuniti Yahudi NYC,
Mortimer Zuckerman. Anggota Dewan
Perwakilan, Dov Hikind, pula berkata:
"Saya lebih sukakan beliau sebagai
senator dari New York. Kini, saya tertanya
siapa sebenarnya Hillary
Clinton."
Keputusan Hillary mengenakan tekanan
terhadap Israel
dibuat
ketika beliau dan suami, bekas Presiden Bill Clinton
serta
Presiden Barack
Obama, bercadang memberi bantuan AS$900 juta (RM3.3
bilion) kepada penduduk
Palestin untuk membina semula Gaza yang musnah
diserang
Israel. "Saya
tidak percaya kita berada dalam kedudukan untuk
melakukan apa
saja bagi
mengukuhkan Hamas pada saat ini. Kita memang
tahu pendirian Hamas
seperti
yang saya katanya sebelum ini mereka
bersekutu dengan Iran," kata
Zuckerman. Bagi sebahagian pemimpin Yahudi
lain, mereka kecewa Hillary
mengubah pendirian.
"Saya berasa malang
mereka tidak meneruskan dasar
pentadbiran bekas Presiden George W Bush yang
lebih pro-Israel," kata
penduduk
Baitulmaqdis, Akiva Homnick. Seorang
lagi penduduk Israel,
Tami Davudoff,
berkata: "Secara peribadi, apabila
berurusan dengan orang
yang menentang anda,
anda juga perlu menentang
mereka." – Agensi

Persoalannya, adakah USA benar- bena ikhlas atau hanya sekadar mahu mengalihkan tumpuan kita daripada kekejaman tentera Israel di Gaza??



No comments:

Post a Comment