Powered By Blogger

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

How Many More Palestinians Lifes Had To Be Taken Israeli?

Friday 24 April 2009

Obama akan dedah gambar penderaan

WASHINGTON 24 April - Pentadbiran Barack Obama akan menyiarkan gambar-gambar yang merakamkan penderaan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas tahanan di penjara di Iraq dan Afghanistan ketika George W. Bush menjadi Presiden.

Jabatan Pertahanan AS bersetuju untuk menyiarkan 44 daripada gambar itu buat kali pertama pada 28 Mei ini sebagai membalas tindakan saman yang difailkan di bawah Akta Kebebasan Maklumat oleh Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) pada 2004.

Banyak imej lain juga sedang diproses untuk penyiaran, menurut Jabatan Pertahanan dalam sepucuk surat kepada sebuah Mahkamah Persekutuan AS.

Peguam ACLU, Amrit Singh berkata, gambar-gambar berkenaan menjadi bukti visual bahawa penderaan tahanan oleh tentera AS bukan perkara luar biasa tetapi berlaku secara meluas, melepasi tembok penjara Abu Ghraib.

Penjara di Iraq itu menjadi terkenal selepas gambar-gambar yang merakamkan tahanan yang terdiri daripada rakyat Iraq didera dan dimalukan oleh tentera AS disiarkan pada 2004.

Pendedahan terbaru itu amat penting bagi membantu orang ramai memahami betapa meluas dan seriusnya perbuatan mendera tahanan, selain untuk memastikan pegawai kanan dipertanggungjawabkan kerana membenarkan penderaan tersebut berlaku, kata Amrit.

Pentadbiran Bush sebelum ini enggan menyiarkan imej itu kepada awam atas alasan penyiarannya akan membangkitkan kemarahan dan melanggar kewajipan AS terhadap tahanan mengikut Konvensyen Geneva.

Pentadbiran Obama pada minggu lepas menyiarkan empat memo sensitif yang mendedahkan kaedah penyeksaan yang digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) semasa menyoal siasat suspek pengganas.

Kaedah yang diluluskan oleh pentadbiran Bush itu antara lain termasuk penggunaan serangga untuk menakutkan tahanan, kaedah waterboarding yang membuat suspek berasa lemas dan cemas, serta menghalang tahanan daripada tidur. - AFP

1 comment: